Tuesday, August 23, 2022

Kisah lucu dgn Ali si kucing

  Aku ni ada jaga si Kucing comel ni. Yg kami namakn sbg Ali. Ali ni kucing kakak aku.

Tapi disebabkan kakak ni bekerja diluar kg aku.so, terpaksa Ali ditinggalkn bersama kami .

Satu hari aku ni busy lah kemas rumah , tgh aku duk sapu sapu lantai tu..
Tiba-tiba aku terdengar kucing ni mengiau sayup sayup. 

Sebabkn pintu bilik tu  aku tu tertutup  so aku tak tahu dari mana datang suara kucing tu. 
Dan aku pon buka lah pintu tu. 

Yaallah terkejut beruk aku tengok Si Ali tu.Kepala dia  masuk dalam tong sampah tp kepala dia xboleh bawa keluar dari situ. Dengan tertonggeng nya.

Masa tu aku tak tahu nak kesian ke nak ketawa..Dua ada perasaan tu tp lebih kepada lawak..hahahhhhahaah adoilaahh Ali ni



Tarikh 18 januari 2025 adalah tarikh yang takkan kami satu family lupa . Ali dah meniggalakn kami semua , bersamaan 18 Rejab 1446H Ali yang sakit fighter Parvo meninggalkan kita semua . 

Petang tu kami sendiri yang menguruskan jasad Ali  . Aku sempat merakam gambar dan video untuk terakhir kali . Selepas asar petang itu aku bersama kakak kedua ku dan adik ku membalut ali menggunakan kain yang sangat wangi , menutup mata nya , membungkus nya dengan rapi dan mengusung jasad Ali dengan sugul . 

Ali yang menceriakan kami selama empat tahun akhirnya pergi , petang itu aku turut membawa Deden , kucing adik ku untuk melihat Ali . Dia yang turut membesar bersama Ali turut sedih , aku memberitahu Deden bahawa Ali sudah meniggalkan kita selama lamanya .

Ketika kakak ku mula menggali dan memasukkan Ali ke persemadian tiba tiba perasaan aku hiba dan terus teringat kenangan kami bersamanya . Dia sangat ceria ketika mula menjadi sebahagian keluarga kami . Dia suka bermain dengan Deden , berlari , dan suka menikus . Ali suka makan cheese dan coklat . 






BsnMelor Kelantan Layanan teruk

 Aku tak boleh lupa satu peristiwa ni.Waktu aku gi cucuk duit kt Kelantan. 

Masa tu aku guna cdm , nk dijadikn cerita kad aku boleh terlekat dlm cdm tu. . 



Aku terus inform staff kat situ. Puan tu just mintak ic aku, then dia mintak aku tunggu jap . 

Eh tiba datang datang sorang lagi staff lelaki ni.Terus dia tanya aku kat kerusi menunggu tu. 

"macamana bileh lekat dik,? Lambat ambik ke? Dah lah kuat . 

Malubaku dgn custumer  lain.

Cakap jelah encik kau tak nak buat kerja.Senang! 

Dah benda nak jadi.Bukan aku sengaja.Benda nak jadi ni tak lambat tak cepat. Jadi jugak.  Aku tak faham lah sesetengah agensi kerajaan ni. Memang suka layan orang macam ni ke. Dgn kerek nya?