MY JOURNEY TO ALLAH .
" Rama-rama juga pernah terkurung , tapi tetap indah bersayap dan mampu terbang apabila terlepas dari kurungan . Begitulah indahnya susunan takdir Allah buat setiap makhluknya . ''
• Prolog
AKU YANG TAK PASTI .
11 November 1995 , Sayup-sayup tangisan seorang bayi , Memecah sayuan suara azan yang bergema , Tanpa bintang-bintang , Hanya cahaya senja , Mengiringi kelahiranku .
11 November 2007 , Dua belas tahun ku lalui , Aku semakin mengerti , Aku semakin memahami ,
Hidup bersama cabaran demi cabaran , aku semakin tabah , Mencari impianku .
11 November 2010 , Lima belas tahun ku daki , aku semakin ghairah , mengejar kedamaian kian menggilai ,
Impian hilang entah ke mana , Hanyut dek arus remaja yang kian membatas , Tidak pasti apa tujuan , Impian tinggal impian , Yang pasti aku semakin berani !!!
11 November 2012 , Ke mana impian ku ??? Apakah bakal ku temui ??? Bagaimanakah ku tempuhi detik-detik mendatang ???
Mungkinkah gemerlapankah menjengukku ??? Aku semakin bingung ! Mencari kepastian , Tapi apa yang tak pasti . . . Aku tak pasti !!
Titian Pena Shazni ( Karya Majalah Sekolah ,Kemuncak SmkSG ) 2012
BAB 1 .
Kehidupan .
Semenjak di lahirkan Hingga mengenal apa itu kedewasaan Namun insan seperti ku Masih lagi mencari Seribu pengertian Yang selama ini Hanya meniti titian kehidupan
Aku memulakan langkah Mengatur perjalanan meniti tiap detik Liku hidup yang penuh pancaroba Tiba-tiba . . langkah ku terkaku Qada dan QadarNya membatasi pergerakan ku .
Perjuangan sebenar kian muncul Keresahan demi keresahan Ku rasakan Namun ku tabah jua Ku harungi segalanya Selok belok lorongNya Dengan Dengan hati cekal dan tawakal Aku mengharungi perjuangan ini Moga aku beroleh keredhaanNya Namun aku mengerti Takdir penentu segalanya Pasrah . .
2010 .
Kadangkala keliru , namun jalanNya tetap di lalui . Pilihan yang di pilih juga tidak selalunya baik , tapi apa yang kita temui kemudian hari tenyata terbaik . Itulah rahsia tuhan . Kita tidak akan tahu jalan yang kita tempuhi benar benar indah hingga kita temui hikmah baik di setiap takdir Illahi .
Ini kisah 15 tahun yang lalu , saya pernah menyesali bersekolah di sekolah menengah kebangsaan biasa . Kerana minat yang mendalam di dalam bidang agama . Dari sekolah rendah keputusan peperiksaan dalam subjuk PI begitu memberansangkan . Hingga lah bila darjah lima saya bercita cita ingin bersekolah di sekolah ugama terdekat . Bila naik sahaja darjah enam dan keputusan Upkk dan Upsr yang saya dapat ketika itu di saat yang bersamaan . . saya sangat gembira bila melihat ada peluang cerah untuk saya bersekolah di sekolah ugama di sekolah menengah nanti .
Namun , impian saya di halang emak saya sendiri . . dia mengatur sekolah yang perlu saya masuki di tingkatan satu waktu itu . Saya turuti , kata beliau . . di sekolah yang dia ingin saya masuki itu mudah untuk dia sendiri pantau pelajaran saya dan kelakuan saya dan kami adik beradik di situ . Emak adalah pembantu tadbir sekolah tersebut . Saya berat hati dan memberontak dari dalam kerana keinginan yang di tolak dari emak .
Saya bersekolah di situ seperti biasa . Tapi keputusan memuaskan waktu peperiksaan hanyalah subjek pendidikan islam dan bahasa melayu sahaja . Saya merasa itulah kegagalan dan kesilapan sendiri . Rasa bersalah tersebut terus saya bawa hingga lah tiga tahun bersekolah di situ . Sewaktu berusia lima belas tahun , saya masih lagi membawa rasa bersalah terhadap diri sendiri kerana gagal menetapkan pilihan sendiri dulu . Subjek teras yang punya keputusan memberansangkan hanyalah pendidikan islam dan bahasa melayu juga .
Ketika itu , saya hanya menyalahkan diri sendiri , kerana malas berusaha , kerana cepat mengalah dengan kegagalan .
Saya membawa rasa bersalah itu sepanjang bersekolah di situ . Sehingga tingkatan menengah atas . Keputusan subjek penting seperti matematik dan inggeris juga merosot . Jika dahulu . . ketika di menengah rendah , saya mendapat gred D setiap kali peperiksaan dan itulah gred yang saya perolehi sewaktu Pmr . Tetapi bila menaiki menengah atas , keputusan matematik semakin menyusut menjadi G . Setiap kali peperiksaan , saya hanya mendapat 15 markah penuh .
Keputusan begitu berterusan hingga saya di tingkatan lima . Dan itulah juga gred yang saya dapati pada result Spm . Saya mendapat 2A dan kredit subjek lain beserta 1 subjek G . Iaitu matematik . Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu juga di waktu itu saya perolehi dengan gred A .
Bila memegang keputusan tersebut , saya lega . Namun tetap juga di hantui rasa bersalah . Tamat sahaja tempoh menunggu result hingga lah keluarnya keputusan tersebut . . saya memutuskan untuk berkerja .
Ketika berkerja , saya masih membawa harapan dan impian dahulu ketika di sekolah . . saya masih menyimpan cita cita untuk melanjutkan pelajaran . Walaupun mungkin impian tersebut kekaburan . . . saya tetap membayangkan untuk menjadi seorang mahasiswi .
Masa berlalu , saya semakin memahami makna impian dan harapan . Jika dahulu ketika berusia lima belas tahun , saya menyalahkan diri kerana sering gagal dalam subjek penting seperti matematik , namun menginjaki usia 18 tahun waktu itu , saya mengerti . . . keputusan tercorot tersebut bukanlah kerana kesalahan saya secara fatal , namun kerana rasa tidak gembira bersekolah di situ membuatkan saya tidak mahu melawan rasa malu bertanya , give-up dan tidak percaya diri .
Saya meneruskan kerja seperti biasa . Bekerja sebagai guru taska dengan pengalaman pertama bukanlah pilihan saya . Namun satu kebetulan tanpa perancangan dari awal . Saya terus bekerja dengan sepenuh dedikasi dan rasa tanggungjawab kepada diri sendiri . Berjauhan dari keluarga dengan meninggalkan kampung . Saya melalui fasa itu dengan membiarkan cita cita untuk menyambung pelajaran terkubur begitu sahaja . Namun sepanjang tempoh itu saya tetap di datangi bayangan cita cita tersebut .
BAB 2 .
KEMATIAN YANG MENGHIDUPKAN JIWA
Sebuah kematian pemuda syahid di Turkey pada 2013 sangat memberi kesan kepada saya . Ahmad Ammar Ahmad Azzam yang menghebuskan nafas terakhir kerana di langgar vans ambulance di bumi bhosphorus .
Saya mengulang-ngulang membaca naskah tersebut sepanjang tahun 2014 . . . . sangat janggal ! Teramat janggal pengakhiran beliau . Dia di makamkan di tanah perkuburan sahabat nabi di situ . Mustahil . Namun , kuasa Allah berkehendak .
Meskipun ketika itu saya masih baru berusia sembilan belas tahun , namun jiwa remaja ketika itu mencari dan sekarang juga masih mencari 'rindu' Illahi . Adakala bermain dengan rasa lelah , namun hati sering balik kepada tujuan itu . Allah terus memujuk untuk melangkah, , kerana . . alasan itu cukup kukuh , kerana jalan-Nya sudah ada .
Saya terus kan keazaman . Setahun kemudian , saya melalui satu keadaan yang saya kira ia merupakan ujian pertama untuk saya lewati . Saya duduk di tempat menunggu bas . Saya yang ketika itu baru sahaja berjinak-jinak memakai tudung sederhana labuh . Di situ , saya di pandang dan diperhatikan oleh seorang gadis Islamik seumuran saya . Dia memandang saya dari atas ke bawah hingga membuatkan saya tidak senang , lalu mata nya tertumpu di kaki saya . Rupanya , kerana saya tidak berstokin .
Berlalunya masa , saya semakin kalis dengan pandangan sesiapa sahaja . Allah tidak pernah berhenti memujuk , Dia terus mengetuk hati ini untuk terus berusaha memperbaiki diri . Saya tidak lagi menghiraukan pandangan sesiapa di atas setiap urusan yang bertujuan kerana Allah semata-mata . . saya meneruskan perlahan-lahan memakai tudung labuh dan , sedaya upaya memakai stoking . Ya . Memang adakalanya saya terlepas dari kewajipan itu namun , usaha itu tetap berterusan .
BAB 3 .
DUNIA IBARAT PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH .
Saya terus bertatih . Saya terus menjadi seorang muslim yang ingin di pandang Allah sebagai penganut yang baik .
Namun , jalan itu tidak seindah yang saya kira . Saya seringkali rapuh . Beberapa kali saya cuba untuk menafikan bahawa saya tidaklah selemah itu . Tapi semakin saya menghindari nya . . . saya semakin sedar bahawa kita sememangnya adalah hamba yang lemah . Lemah tanpa Dia .
Kadang perasaan teramat payah untuk saya istiqomah melawan pandangan orang membuat saya ingin berhenti berjalan di landasan Nya . Saya berperang dengan rasa putus asa untuk terus berusaha .
Dan , Allah sekali lagi mengetuk hati saya berkali-kali .
Saya bertanya-tanya lagi , dan hati ini sekuat nya berkata dengan tegas ; Tidak ! Aku dah ada satu jalan terbaik untuk aku dekat dan menghampiri pintu Qalbi yang sudah di sentuh sejak lahir .. putus asa bukan cara ku ! ! Bisik Noor .
JADIKAN Sabar Dan Solat SEBAGAI PENOLONGMU
Tidak salah dan rugi sekiranya kita memperbaiki hubungan dengan Allah .
Perkara yang terbaik bagi seorang muslim adalah meningkatkan taqwa dan tawaqqalnya kepada Allah agar setiap urusannya menjagi mudah . . kerana Allah berjanji memudahkan atau pun memberi penyelesaian kepada semua masalah hidup .
'' . . . . dan siapa yang bertaqwa kepada Allah , nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar daripada segala perkara yang menyusahkannya . Dan siapa bertawaqqal kepada Allah , Allah cukup baginya . . . ''
No comments:
Post a Comment