Aku merupakan bekas nursery teacher di Selangor selama 9 tahun. Pengalaman aku bekerja adalh selepas saja aku Spm dan tamat sekolah.
Masa tu mmg itulah first job aku. Sangat aku hargai pengalaman manis ketika tu.Dan aku antara paling muda lah di situ. Dan yang best tak boleh lupa teamwork kami yang seperti keluarga.
Aku tak kan lupa kenangan mengurus anak-anak umur 2 -3 tahun. 4 tahun dan transit. Nampak mudah kan tapi memerlukan tenaga fizikal dan mental yg kuat sangat mengurus diorang ni.
Aku terus kerja sampai lah cukup setahun aku kat situ. Sampai lah waktu hampir waktu berhenti tu.Aku di 'transitkn ' untuk jaga kids 1 tahun kebawah . Kira baby la tu kan. Sebab apa aku ckp transit , sebab aku akan stop dah hujung tahun tu . Kiranya aku terima ja sebagai pengalaman terakhir. Alhamdulillah aku ada rakan kerja yang aku panggil Kak Zura ,yang supportive dan baik layan aku.
Tak lupa juga masa aku kerja dengan kak Zura tu , sorang lagi akk yang aku tak dapat lupa jugak iaitu kak Suhaila. Mereka lah yang banyak berkongsi kenangan bersama aku di situ. Aku igt lagi beberapa bulan sebelum berhenti kami semua sempat luangkan masa bercuti ke Sg Gabai, paling best memasak bersama sebelum kami pergi pagi tu . Tapi ,masa kitorang kat Sg Gabai tu aku tak join pon dgn mereka.
Aku tak tahu lah knp , mungkin sebab aku tak nak sedih bila ingat kenangan tu satu hari nanti. So ,aku duduk lah kat pinggir sebelah tangga air terjun tu.Aku tengok je diorang mandi.Kak Suhaila ada jugak panggil aku banyak kali tapi aku senyum ja.
Hahaha pelik kan .aku pon tak faham kenapa aku macam tu.
Sebelum terlupa ,sebelum nak berhenti sbg Guru Taska kat situ aku sempat buat part time kat sebuah kedai dobi.Tapi tak lama pon. Sebab nak cari duit kan.Aku pon tak tahu kenapa aku suka sangat uji diri aku ni dgn buat kerja yang tak biasa aku buat. Apa pon aku rasa semua boleh. Hahahahaaha.
So hujung bulan Ogos 2014 aku resign lah kat situ. Dan jmpa semua orang .Masa ni aku dah nangis .Tak tahulah kenapa lah aku ni senang benar nak nangiss.. Masa tu nak jumpa kat Zalina bis aku pon tak sempat. Tapi aku adalah kirim kat anak dia hadiah biasa dari aku. Huwaaaaa.
Tapi sebaik saja aku stop tu aku ni fikir lah balik nak balik kampung ni bosan lah kalau aku duduk saja-saja kan. So aku putuskan kerjalah kt kawasan rumah makcik aku tu dulu.Dan kerjalah selama dua bulan di kedai kecil My One Shop. Bolehlah aku simpan duit dan bagi mak.hehehehe
Tapi sebelum aku balik kampung, aku ada contact kak Suhaila dan Kak Zura then ajak diaorang makan malam rumah makcik aku.Terubat lah rindu kat dua orang kakak tu.
Ok ! So lepas ja aku berhenti kerja ,aku putuskan lah utk balik kampung aku di Kelantan dan duduk di kampung selama setahun. Dan pada 12 haribulan 11 , selepas sehari harijadi aku , aku berangkat lah balik kampung.Horayyyy.!!!
Selama aku kat kampung tu aku ada masuk kelas menjahit under kerajaan negeri iaitu Ppwk.Tapi tak lama pon , lps boleh buat baju kurung , dan design kurung lain.Aku ketinggalan utk exam . Sebabkan oleh , aku ada masalah di perut masa tu. Tapi takpelah aku tak kecewa pon , sempat lah jugak aku buat 5 pasang baju untuk diri sendiri.
Tapi sebabkan sikap aku ni , yang suka sangat cari pengalaman dan jumpa pelbagai jenis manusia kan.
Hahahah aku pon putuskan untuk ke Sepang balik dan cari kedai butik untuk aku kerja.Kebetulan anak makcik aku ada kawan yang ada kedai butik .
Jadi aku cubalah , tapi tak lama aku kat situ aku ada dengar cerita pekerja lama dari Phnom Penh ,aku tak ingat lah nama lelaki tu. Pawl ke apa entahlah.
Dia cakap madam/majikan tu dulu ramai pekerja dari Kemboja macam dia tapi banyak dah balik sana dan ada yang kerja kat Jepun. Sebab majikan bermasalah dengan mengurus bayaran gaji.
Masa tu lah aku lagak bodoh disitu hahahaha. Aku buat buat tak pandai buat baju. Banyak kali aku buat , sengaja aku nak tengok leader staff dan mr Cutter tu layan aku macamana. Aku siap ja dan tak kisah diorang kata aku tak faham-faham.Sampai lah cukup sebulan , kebetulan makcik dan ank dia datang , jumpa dan tanya aku kat luar.
Majikan tu dah bagi belum gaji aku, yelah kan aku tak buat satu pon baju, belajar buat tu dengsn jahit yang basic-basic je. Jadi aku katalah belum lagi. Hari tu jugaklah diorang mintak aku stop kerja kat situ.
Dan petang tu, aku kemaslah barang-barang aku semua. Kebetulan anak saudara makcik aku datang dan jemput aku kat rumah khas untuk pekerja.
Jadi aku tinggal lah dulu dengan makcik aku ,sambil mencari kerja kat mana-mana.
Banyak jugak aku cari, kilang, kedai topup, dan ada jugak kerja taska lagi.
Entahlah macamna ,aku dpt panggilan untuk Operater kilang , dan dalam masa sama di taska sekali lagi. Masa tu aku confius nak yang mana , dgn doa pada Allah,aku putuskan utk kerja taska balik.
So lepas dapat panggilan tu aku mulalah kerja di situ pada 13 Ferbuari 2017.
Aku mulalah kerja kat situ selama 5 tahun..Dan penghujung May 2022 aku dapat tawaran dalam Ciast untuk jadi pelatih Guru Taska. Dan dalam masa yang sama seminar karya kreatif aku, bertindan dengan tarikh kursus tersebut . Jadi aku rasa padat sangat jadual kelas ,so aku kenalah pilih salah satu. Aku tahu tak akan asa lagi peluang untuk aku di karya kreatif jadi aku korbankan latihan Ciast .
Dan disebabkan aku tak pilih latihan bimbingan , aku putuskan utk memilih sebuah taska untuk aku kerja.Dan tak sangka semudah tu . Aku mulakn lerja sebagai guru taska lagi di Cyberjaya.
Ok berbalik pada tajuk kisah aku ni hat ataaas tu. And firstly aku nak cakap ..
Tak dapat aku nafikan ada bermacam pengalaman dan situasi aku hadap selama 9tahun berkhidmat dalam taska-taska tersebut.
Dan beberapa pengalaman tu tak seburuk dengan pengalaman di sebuah tempat asuhan kanak-kanak aku pernah kerja di Cyberjaya, sebelum putuskan untuk berhenti.
Kenapa aku cakap macamtu , sebab aku tengok cikgu kat situ macam macam ragam. Dan boleh aku kongsikan salah satunya , mereka ni pilih kasih dengan kanak-kanak. Kenapa aku kata macamni , sebabnya aku tak tahu bila mula kerja di situ aku ditugaskan untuk jaga baby.
Memang mula-mula aku agak risau .Sebabkan aku ni dah lama tak berpengalaman dgn budak bwh 2 tahun ni. Mana taknya pengalaman dulu aku tu 9 tahun lepas kut. Aku ni bukan apa, aku pandang dari sudut keselamatan baby tu, klau apa-apa yang tak disengajakan jadi, adakah majikan boleh betanggungjawab dan mempersalahkan aku ni?
Okay kedua, aku boleh katakan aku agak tak sangka sikap diorang sebagai pekerja lama tak tahu nilai emosi dengan kanak-kanak ni macamana.
Mereka boleh bekerjasama layan, dukung baby bila wangi, dan baby comel , putih bukan main sayang. Tapi bila baby comot , baby berak , belum mandi , boleh passkan semua pada aku yang baru kat situ.
Entah tujuan nak mengajar atau nak aku rasa macamana jaga baby? Hah! Aku tak faham mungkin mereka nampak resume aku kat situ takde lulusan mana-mana.Semena mena aku hadap benda macamtu.
Mula-mula aku rasa okay lagi.Tapi bila berkali-kali aku hadap. Aku putuskan lah utk blah.
Tambah lagi , kesihatan aku terganggu bila athsma aku semakin teruk waktu malam.Kesan dari penggunaan aircond kat situ.
Jadi aku , terus direct pada boss yang aku tak sihat. Bila dgr alasan tu, aku dipersoalkan dan dia cakap aku menyusahkan dia. Sebabnya dia hold orang lain sebab nak terima aku bekerja kat situ.
Rasa-rasa wajar tak aku cabut ja dari situ bila majikan yang sebelumnya tu baik sebelum kita langkah kaki di tempat dia. Menyalahkan kita dengan apa yang jadi. Dan perkara yang diluar jangkaan kita.
Aku tak sangka , kecewa aku industri childhood begini . Aku datang dan belum sempat utk aku berkhidmat selayaknya. Aku bawak barang-barang aku dari tempat kerja lama di Salak Tinggi ke Cyberjaya.Byk aku habiskan kos utk perpindahan barang-barang tu. Aku fikir masa tu..tak pelah berkorban dulu.
Tapi pengakhiran aku kat situ , aku dengar sendiri dari mulut bos yang melepaskan marah pada pekerja bahawa menyusahkan dia.
Aku cakap pada diri aku masa tu..Okay! Aku tak teragak utk buat keputusan resign tu.
Tapi aku masih lagi bertindak relevan dan matang, aku jumpa isteri dia,managernya.Aku cakap selayakya.Tapi aku masih jaga nama mereka yang aku anggap seperti adik aku.Aku masih matang untuk tak memburukkan mereka.
Alasan yang paling kuat adalah kesihatan aku je masa tu. Aku masih ada keluarga utk aku tanggung.
Dan petang tu jugak aku bulk tiket balik ke kampung.
Kesimpulannnya, aku boleh cakap yang pendidik taska /tadika tak de empati dgn layanan begitu pada kanak-kanak.
Yang pasti ramai lagi di luar sana yang masih berpegang dgn lulus akademik saja dialah terbaik. Sedangkan pengalaman adalah guru sebenar dalam pekerjaan mahupun kehidupan.
Dan bukan juga pengalaman sebanyak itu menjadikan kita sombong..
-"cause we are parents too".
14 september 2022
Catatan bekas pendidik taska.
Noor Shazni Abdul Halim.