Ciknoorwebsite
Thursday, February 26, 2026
BAIT BAIT RINDU
PROLOG .
Prolog: Bait-Bait Rindu
"Kerana ada bahasa rindu yang tidak mampu didengar oleh telinga manusia, dan ada rasa yang terlalu berat untuk dipikul oleh kata-kata.
Lalu, aku memilih untuk diam. Aku menyerahkan setiap bait ras aini kepada-Nya, kerana aku tahu.... DIA adalah Perantara yang MAHA HEBAT. Biarlah doa menjadi jambatan yang menghubungkan hatiku dan hatimu, di saat jarak dan waktu tidak lagi mengizinkan kita bersua, ''
Aku menyerahkan setiap bait rasa ini kepada-Nya, kerana aku tahu... DIA adalah Perantara yang MAHA HEBAT. Biarlah doa menjadi jambatan yang menghubungkan hatiku dan hatimu, di saat jarak dan waktu tidak lagi mengizinkan kita bersua."
Saturday, January 25, 2025
TAIWAN
STAIL.MY
GAYA HIDUP
9 Tempat Menjamu Selera Halal di Taiwan
Oleh STAIL.MY0 Comments4 minit untuk membaca
Selera Halal di Taiwan
Mencari makanan halal di Taiwan bukanlah satu perkara yang rumit. Negara yang terkenal dengan menara ikonik, Taipei 101 ini sememangnya selesa dikunjungi oleh mereka yang beragama Islam kerana terdapat banyak lokasi menjamu selera yang halal dan mesra muslim.
Jadi, janganlah teragak-agak untuk ke negara kepulauan ini kerana pengembaraan anda ke sini pasti berbaloi. Bukan makanan halal sahaja yang mudah dicari, malah terdapat banyak fasiliti mesra muslim yang menanti. Istimewa untuk pembaca STAIL, di sini kami senaraikan sembilan restoran yang boleh anda kunjungi apabila bercuti ke Taiwan.
Selera Halal di Taiwan
1. Kaohsiung Halal Restaurant
Terletak bersebelah Masjid Kaohsiung, restoran yang menjadi tumpuan komuniti Islam ini adalah restoran yang mesti anda kunjungi apabila berada di bandar kedua terpadat di Taiwan ini.
Ini kerana restoran ini menyediakan pelbagai jenis sup yang lazat dan menyelerakan. Boleh pilih sup daging, kambing, bebola daging dan juga bahagian lembu yang lain seperti perut, hati, dan urat. Boleh pilih makan bersama nasi atau mi. Untuk melengkapkan hidangan, boleh pesan menu sayuran.
Selera Halal di Taiwan
2. Chen Lili Indonesian Food, Kaohsiung
Pengemar makanan Indonesia yang suka dengan kepedasan, boleh singgah ke Chen Lili Indonesian Food, Kaohsiung. Restoran yang telah dijejaki oleh ramai pempengaruh dari Indonesia dan Malaysia ini menyajikan makanan asli Indonesia halal yang lazat.
Daripada nasi goreng hinggalah kepada ayam penyet, opor dan iga (tulang rusuk), semuanya dimasak dengan sempurna dan menyerlahkan keaslian rasanya. Setiap kali melangkah masuk, anda akan disapa dengan mesra oleh petugas restoran yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik. Memandangkan restoran ini mempunyai tempat duduk yang terhad, kami cadangkan supaya anda buat tempahan awal jika ingin datang ke sini.
Selera Halal di Taiwan
3. Han Hsien International Hotel, Kaohsiung
Menjamu selera sambil mengintai pemandangan kota Kaohsiung juga menyeronokan. Jika ingin mendapat peluang ini, bawalah diri ke Han Hsien International Hotel yang terkenal dengan perkhidmatan dan penginapan bertaraf dunia mereka.
Hotel ini menyediakan pilihan makanan halal di restoran yang terletak di tingkat teratas bangunan mereka. Tentang rasa, anda tidak perlu bimbang kerana ketika penulis singgah ke sini tempoh hari, semua menu yang dihidangkan tidak menghampakan.
4. Schokolake Country House, Miaoli
Schokolake Country House merupakan pusat pembuatan coklat yang terletak di Miaoli dan menjual coklat buatan tempatan yang lazat. Selain boleh membeli pelbagai jenis coklat halal, pengunjung juga boleh singgah ke restoran yang menyajikan hidangan halal untuk menjamu selera.
5. Westlake Resort, Miaoli
Resort peranginan ini terkenal di kalangan penduduk tempatan untuk melarikan diri daripada kesibukkan kota. Pada hujung minggu dan cuti-cuti kelepasan ia sibuk dan sukar mendapatkan bilik jika tidak membuat tempahan awal.
Terletak di dalam hutan berbukit di daerah Miaoli, mereka juga terkenal dengan aksi sarkas dan pertunjukan cahaya berirama yang boleh dilihat pada malam hari iaitu sekitar jam 7 malam.
Selera Halal di Taiwan
6. Anatolia Turkish Restaurant, Taichung
Dengan kepelbagaian budaya, boleh dikatakan anda boleh menikmati apa sahaja juadah yang terlintas di fikiran. Makanan Turki yang mewah dengan rempah ratus juga ada di sini. Salah satu yang popular dan tidak rugi dicuba ialah Anatolia Turkish Restaurant yang terletak di Taichung.
Beef Skewers yang beroma dan sup berpastri adalah hidangan yang sangat disyorkan. Selain itu boleh juga cuba hidangan roti keju yang dibakar segar.
7. Abdu Arabian Cuisine, Taipei
Restoran ini menyediakan masakan Arab yang enak dengan harga yang berpatutan. Terdapat pelbagai pilihan yang menanti biarpun restoran ini hanya berkapasiti kecil. Nasi mandy ayam bakar mereka adalah menu yang mesti ada cuba! Sedap sehingga menjilat jari. Satu mungkin tidak cukup. Restoran ini terletak di sekitar kawasan Gongguan di hadapan New Taiwan University.
8. Fuji Grand Hotel, Taipei
Fuji Grand Hotel adalah salah satu hotel mesra muslim yang popular di Taipei dan Taiwan. Bilik mesra muslim mereka dilengkapi dengan sejadah serta arah kiblat. Dan restoran mereka turut menyajikan makanan yang agak mewah dan halal untuk dinikmati oleh tetamu muslim tanpa ragu-ragu.
Restoran resort ini juga menyediakan makanan halal yang lazat yang terdiri daripada hidangan tempatan. Bagaimanapun, anda perlu maklumkan lebih awal supaya pihak hotel boleh lakukan persiapan yang perlu.
Selera Halal di Taiwan
9. Kunming Islamic Restaurant, Taipei
Rakyat Malaysia dengan makanan Thai memang sukar dipisahkan. Jadi, jika ke Taiwan dan mula merindui hidangan ini, boleh panjangkan langkah ke Kunming Islamic Restaurant yang terletak di kota Taipei.
Mencari lokasinya mungkin agak rumit kerana ia terletak di sudut yang agak tersembunyi. Tetapi, selagi anda mengikut arah yang ditunjukkan oleh Peta Google, anda pasti akan menjumpainya. Boleh pesan pelbagai masakan Thai yang menjadi kegemaran ramai seperti siakap masam manis, sup tomyam, telur dadar, daging masak halia, ayam pad kra pao dan kangkung belacan.
Jangan lupa senarai ini apabila anda ingin terbang ke Taiwan nanti. Untuk pengembaraan yang lebih menyeronokan dan tidak dipenuhi dengan episod tersesat ke sana-sini, tempahlah peranti WiFi Roaming Man yang boleh anda ambil di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Terminal 1 dan 2. Penyedia perkhidmatan ini menyediakan akses internet lancar yang membolehkan anda ke sana-sini dengan mudah. Selamat bercuti!
HalalHalal Food TaiwanliburMuslim friendly travelMuslim travelSelera Halal di Taiwanstail liburstailMYTaiwantravelTravel Taiwan
Kongsi
Oleh STAIL.MY
0
0 Comments
9 Tempat Menjamu Selera Halal di Taiwan
Terdahulu
9 Tempat Menjamu Selera Halal di Taiwan
Seterusnya
Anda mungkin suka
“Bagaikan Mengembara Ke Alam Fantasi!” #BestieTrip Ke Singapura Buktikan Magis Kepada Fareeha & Annees Sofea
“Bagaikan Mengembara Ke Alam Fantasi!” #BestieTrip Ke Singapura Buktikan Magis Kepada Fareeha & Annees Sofea
Resolusi Kesihatan Mental Terbaik Boleh Kamu Patuhi Tahun 2020
Resolusi Kesihatan Mental Terbaik Boleh Kamu Patuhi Tahun 2020
Eksplorasi Alam di Club Med Cherating: Percutian Unik untuk Semua!
Eksplorasi Alam di Club Med Cherating: Percutian Unik untuk Semua!
Lawat 6 Tempat Menarik Serba Mewah Di Dubai Musim Cuti Ini
Lawat 6 Tempat Menarik Serba Mewah Di Dubai Musim Cuti Ini
Honda CRV 2021 Turun Harga RM13K: Fungsi Dipertingkat, Apa Tunggu Lagi?
Honda CRV 2021 Turun Harga RM13K: Fungsi Dipertingkat, Apa Tunggu Lagi?
Kos Servis Perodua Ativa RM64 : Selepas 1,000km, Bunyi Masih Misteri
Kos Servis Perodua Ativa RM64 : Selepas 1,000km, Bunyi Masih Misteri
“Bagaikan Mengembara Ke Alam Fantasi!” #BestieTrip Ke Singapura Buktikan Magis Kepada Fareeha & Annees Sofea
“Bagaikan Mengembara Ke Alam Fantasi!” #BestieTrip Ke Singapura Buktikan Magis Kepada Fareeha & Annees Sofea
Resolusi Kesihatan Mental Terbaik Boleh Kamu Patuhi Tahun 2020
Resolusi Kesihatan Mental Terbaik Boleh Kamu Patuhi Tahun 2020
Eksplorasi Alam di Club Med Cherating: Percutian Unik untuk Semua!
Eksplorasi Alam di Club Med Cherating: Percutian Unik untuk Semua!
Lawat 6 Tempat Menarik Serba Mewah Di Dubai Musim Cuti Ini
Lawat 6 Tempat Menarik Serba Mewah Di Dubai Musim Cuti Ini
Honda CRV 2021 Turun Harga RM13K: Fungsi Dipertingkat, Apa Tunggu Lagi?
Honda CRV 2021 Turun Harga RM13K: Fungsi Dipertingkat, Apa Tunggu Lagi?
Kos Servis Perodua Ativa RM64 : Selepas 1,000km, Bunyi Masih Misteri
Kos Servis Perodua Ativa RM64 : Selepas 1,000km, Bunyi Masih Misteri
Apa pandangan anda?
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Your comment*
Name
Email (will not be published)
Website
No Comments Yet.
Kategori
Select Category
Gaya Hidup Now
Meneroka Syurga Membeli-Belah dan Suasana Mesra-Muslim Di Hong Kong
Meneroka Syurga Membeli-Belah dan Suasana Mesra-Muslim Di Hong Kong
1 month agoShah Shamshiri
Eksplorasi Alam di Club Med Cherating: Percutian Unik untuk Semua!
Eksplorasi Alam di Club Med Cherating: Percutian Unik untuk Semua!
1 month agoSTAIL.MY
Jaecoo J7 (2WD): Kereta Kompak untuk Gaya Hidup Aktif dan Dinamik
Jaecoo J7 (2WD): Kereta Kompak untuk Gaya Hidup Aktif dan Dinamik
2 months agoSTAIL.MY
STAIL.MY Wajib Cuba: Nikmati Teh Petang Perayaan di Marriott Bonvoy
STAIL.MY Wajib Cuba: Nikmati Teh Petang Perayaan di Marriott Bonvoy
2 months agoSTAIL.MY
Capsule Transit MAX: Penginapan Stailish Ideal Sebelum Penerbangan Awal Pagi
Capsule Transit MAX: Penginapan Stailish Ideal Sebelum Penerbangan Awal Pagi
2 months agoSTAIL.MY
True Joy™: Warna Tahun 2025 Dulux yang Menginspirasikan Langkah Berani ke Masa Depan
True Joy™: Warna Tahun 2025 Dulux yang Menginspirasikan Langkah Berani ke Masa Depan
2 months agoSTAIL.MY
Meneroka Port Blair Bersama AirAsia: Menyusuri Pulau, Pantai & Sejarah
Meneroka Port Blair Bersama AirAsia: Menyusuri Pulau, Pantai & Sejarah
2 months agoSTAIL.MY
Rahsia Tidur Nyenyak: Suhu Bilik & Alat Bantu Tidur yang Ramai Orang Tidak Tahu!
Rahsia Tidur Nyenyak: Suhu Bilik & Alat Bantu Tidur yang Ramai Orang Tidak Tahu!
3 months agoSTAIL.MY
7 Kedai Buku Ikonik Di Seluruh Dunia Yang Wajib Dikunjungi Oleh Pencinta Buku Dan Pengembara
7 Kedai Buku Ikonik Di Seluruh Dunia Yang Wajib Dikunjungi Oleh Pencinta Buku Dan Pengembara
3 months agoSTAIL.MY
Keajaiban Di’a Spa di TA’AKTANA: Pengalaman Spa Mewah di Labuan Bajo
Keajaiban Di’a Spa di TA’AKTANA: Pengalaman Spa Mewah di Labuan Bajo
4 months agoSTAIL.MY
Video Player
00:00
04:25
Wednesday, November 16, 2022
Cara Menaiki kapal terbang buat pertama kali
Macam mana nak tahu pintu berlepas?
Macam mana nak tuntut bagasi?
Macam mana nak beli tiket kapal terbang/ flight?
Macam mana nak drop luggage?
Itu antara persoalan yang biasa bermain di fikiran mereka yang pertama kali ingin menaiki kapal terbang/ flight. Tidak terkecuali saya sendiri. Kali pertama saya menaiki kapal terbang/ flight adalah pada tahun 2012 ke Langkawi dengan menggunakan pesawat AirAsia.
Selepas 3 tahun mengalami perkara di atas terdetik di hati saya untuk kongsikan cara untuk menaiki kapal terbang/ flight memandangkan pada tahun 2015 perkara yang sama di alami oleh kawan saya yang pertama kali menaiki kapal terbang/ flight ke Korea. Pelan asalnya saya bersamanya ke Korea, tetapi pelan berubah di saat akhir dan menyebabkan beliau terpaksa manaiki kapal terbang/ flight bersendirian.
1- Pembelian tiket
Baca juga:
Cara beli tiket flight murah
Cara beli tiket kapal terbang/ flight AirAsia secara online
2- Daftar masuk/ Check-in
Note:
1) Mengikut pengalaman hanya airasia sahaja yang menimbang "hand luggage" untuk pastikan anda tidak terlebih muatan. Tapi bukan semua airport dan jenis penerbangan membuat perkara tersebut.
2) Meskipun anda perlu daftar masuk beg bersaiz besar di kaunter, disarankan juga untuk anda membuat daftar masuk online bagi mengelakkan anda dikenakan caj tambahan semasa di kaunter.
Baca juga:
Cara daftar masuk beg di kaunter
Cara self baggage drop Airasia
3- Pemeriksaan kawalan keselamatan
4- Menaiki pesawat
Setelah sampai ke pintu berlepas anda perlu tunggu sehingga pengumuman naik pesawat dilakukan dan anda perlu beratur. Kebiasaanya keutamaan untuk menaiki pesawat di berikan kepada pemegang tiket business class dan keatas, mereka yang memiliki anak kecil dan warga emas.
Semasa proses menaiki pesawat anda perlu sediakan boarding pass dan pengenalan diri untuk diperiksa. Sekiranya anda bawa hand luggage, anda perlu letak di ruang atas atau di bawah (di bawah tempat duduk kerusi depan anda). Pastikan anda duduk di kerusi yang betul seperti tercatit dalam boarding pass anda. Tegakkan kerusi, pakai tali keledar, matikan barangan elektronik dan buka slide tingkap sepenuhnya (Sekiranya anda duduk tepi tingkap).
Bagi penerbangan antarabangsa kebiasaanya anda akan diberikan beberapa borang untuk di isi semasa dalam pesawat. Jadi pastikan anda bawa bersama pen bagi mengelakkan anda beratur lama di ruang imegresen untuk mengisi borang.
Note: W/pun nombor pintu/ gate perlepasan telah tercatit pada boarding pass, pastikan anda turut merujuk kepada papan info untuk kepastian dan sentiasa peka dengan pengumuman (sekiranya ada perubahan pintu atau pesawat delay). Mengikut pengalaman, pintu perlepasan boleh berubah w/pun telah tercatit dalam boarding pass.
Baca juga: Persiapan menaiki kapal terbang dengan anak kecil
5- Ketibaan
Sekiranya anda mempunyai bagasi yang didaftar masuk ke perut pesawat, anda berlu ke ruang menuntut bagasi. Untuk mengetahui lokasi bagasi, anda boleh rujuk kepada papan info yang disediakan di airport.
Bagi penerbangan antarabangsa, sebelum keluar anda perlu melalui imegresen dan pemeriksaan kastam terlebih dahulu. Mengikut pengalaman saya, sekiranya anda tidak membawa/ membeli barang yang banyak atau membawa barang yang perlu declare cukai anda akan dilepas tanpa sebarang soalan.
Baca juga:
1- Cara tuntut bagasi atau beg di airport
2- Cara claim/ buat tuntutan dengan Airasia
Selesai..
Note:
Sebelum berlepas ke destinasi percutian, disarankan untuk anda membeli Travel Insurance sebagai perlindungan. Travel Insurance ini boleh dibeli sama ada melalui syarikat penerbangan atau syarikat Travel Insurance lain seperti Etiqa, AXA dan lain-lain. Dalam hal ini, pastikan polisi Insurance yang dibeli menawarkan jumlah perlindungan yang tinggi dan mempunyai Guarantee Letter (GL). Ini bagi memastikan jumlah perlindungan mencukupi sekiranya apabila anda ditimpa musibah dan anda tidak perlu mengeluarkan wang pendahuluan sekiranya dimasukkan ke hospital.
Friday, September 23, 2022
SHAZNI - 49 PRINSIP HIDUP.
1-Rahsia kehidupan ialah jatuh 7 kali dan bangun 8 kali.
2-Mereka memberitahu saya tidak boleh, jadi saya lakukan.
3-Membuat kesilapan lebih baik dari memalsukan kesempurnaan.
4-Kesilapan selalunya guru yg paling hebat.
5-Jika rancangan itu tidak berjaya , ubah rancangan itu , bukan tukar matlamat.
6-Tidak ada kos untuk menjadi baik.
7-Apa sahaja keputusan yang anda buat, pastikan ianya menggembirakan anda.
8-Hanya ada dua pilihan : buat kemajuan atau buat alasan.
9-Fokus pada langkah di hadapan anda , bukan keseluruhan tangga.
10-Saya seorang pahlawan , bukan kerana saya sentiasa menang ,tetapi kerana saya akan sentiasa berjuang.
11-Wanita yang kuat adalah adalah seseorang yang membangkitkan orang lain , dan jika itu menjadikan dia bosan, jadilah ia..
12-Anda tidak boleh selalu berbaik-baik. Kadang-kadang anda perlu menunjukkan kepada orang ramai siapa anda sebenarnya.
13-Tuhan tidak pernah memberi lebih baik daripada yang kita mampu. Semuanya akan berjaya pada akhirnya.
14-Saya tidak mementingkan diri sendiri kerana mahu di layan dengan baik.
15-Perkara yang hebat memerlukan masa , jadi saya tidak akan tergesa-gesa prosesnya. Kesabaran adalah kuasa.
16-Jika Tuhan membawa kamu kepadanya. Dia akan membawa kamu melaluinya.
17-Jika anda menguji perairan saya , anda lebih tahu bagaimana untuk berenang.
18-Anda boleh menilai saya apabila ANDA menjadi sempurna.
19-Nilai saya dan saya akan membuktikan anda salah.
20-Fokus pada langkah dihadapan anda, bukan keseluruhan tangga.
20-Untuk menghina saya, saya mesti menghargai pendapat anda terlebih dahulu.
21-Perkara tidak berlaku tanpa sebab, perkara berlaku untuk mengajar sesuatu.
22-Apabila hidup meletakkan anda dalam situasi yang sukar , jangan katakan "mengapa saya?" Katakan "cuba saya".
23-Anda mendapat apa yang anda kerjakan , bukan yang anda inginkan.
24-Jangan tergesa-gesa prosesnya. Perkara yang baik memerlukan masa.
25-Konsisten lebih penting daripada kesempurnaan.
26-Anda tidak perlu menjadi hebat untuk bermula, tetapi anda perlu mula menjadi hebat.
27-Kadang-kadang perkara paling berani dan paling penting yang boleh anda lakukan ialah hanya muncul.
28-Saya tidak pernah bermimpi tentang kejayaan , saya berusaha untuk itu.
29-Saya tidak menyimpan dendam, saya ingat fakta.
30-Lebih baik menjadi nyata dan tidak sempurna daripada menjadi palsu.
31-Saya memilih untuk menjadikan sisa hidup saya yang terbaik dalam kehidupan saya.
32-Saya tidak berjudi, tetapi saya akan sentiasa bertaruh pada diri saya sendiri.
33-Saya tidak datang sejauh ini.... hanya untuk sampai sejauh ini.
34-Saya bukan hasil daripada keadaan saya. Saya hasil daripada keputusan saya.
35-Saya lebih suka menyesali perkara yang saya lakukan dari menyesali perkara yang tidak saya lakukan.
36-Masa lalu tidak mempunyai kuasa atas masa kini.
37-Berhati-hati dengan siapa yang anda percayai dan beritahu masalah anda. Tidak semua orang yang tersenyum kepada anda ialah kawan anda.
38-Hidup anda ialah mesej anda kepada dunia. Pastikan ia memberi inspirasi.
39-Menjauhi sesiapa atau apa-apa yang merampas kegembiraan anda. Hidup ini terlalu singkat untuk menghadapi orang bodoh.
40-Semuanya berlaku ada sebabnya. Jika ia dimaksudkan , ia pasti akan berlaku.
41-Jangan buang masa anda memikirkan orang yang tidak mengambil berat tentang anda.
42-Tidak kira seberapa perlahan anda pergi, asalkan anda tidak berhenti.
43-Diam saya tidak kosong. Ia penuh dengan jawapan. Keheningan saya bukanlah ketidakaktifan, ia penuh dengan pemerhatian.
44-Anda ialah kuasa alam. Peluk kuasa anda dan saksikan dunia tunduk kepada kehendak anda.
45-Apabila orang melemparkan naungan, bersinar lebih terang. Cahaya anda terlalu berkuasa untuk dimalapkan.
46-Keyakinan bukan berjalan ke dalam bilik memikirkan anda lebih baik daripada semua orang; ia mengetahui bahawa anda tidak perlu membandingkan diri anda dengan sesiapa.
47-Wanita yang diperkasakan akan memperkasakan wanita. Jadilah ratu yang membantu ratu lain bangkit.
48-Sesetengah orang tidak akan berubah, dan anda perlu menerimanya. Anda mesti belajar untuk pergi apabila perlu.
49-Lebih baik mencipta sesuatu yang dikritik orang lain dari mencipta apa-apa dan mengkritik orang lain.
Tuesday, September 13, 2022
Geng Guru Toksik Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Aku merupakan bekas nursery teacher di Selangor selama 9 tahun. Pengalaman aku bekerja adalh selepas saja aku Spm dan tamat sekolah.
Aku tak kan lupa kenangan mengurus anak-anak umur 2 -3 tahun. 4 tahun dan transit. Nampak mudah kan tapi memerlukan tenaga fizikal dan mental yg kuat sangat mengurus diorang ni.
Aku terus kerja sampai lah cukup setahun aku kat situ. Sampai lah waktu hampir waktu berhenti tu.Aku di 'transitkn ' untuk jaga kids 1 tahun kebawah . Kira baby la tu kan. Sebab apa aku ckp transit , sebab aku akan stop dah hujung tahun tu . Kiranya aku terima ja sebagai pengalaman terakhir. Alhamdulillah aku ada rakan kerja yang aku panggil Kak Zura ,yang supportive dan baik layan aku.
Tak lupa juga masa aku kerja dengan kak Zura tu , sorang lagi akk yang aku tak dapat lupa jugak iaitu kak Suhaila. Mereka lah yang banyak berkongsi kenangan bersama aku di situ. Aku igt lagi beberapa bulan sebelum berhenti kami semua sempat luangkan masa bercuti ke Sg Gabai, paling best memasak bersama sebelum kami pergi pagi tu . Tapi ,masa kitorang kat Sg Gabai tu aku tak join pon dgn mereka.
Aku tak tahu lah knp , mungkin sebab aku tak nak sedih bila ingat kenangan tu satu hari nanti. So ,aku duduk lah kat pinggir sebelah tangga air terjun tu.Aku tengok je diorang mandi.Kak Suhaila ada jugak panggil aku banyak kali tapi aku senyum ja.
Hahaha pelik kan .aku pon tak faham kenapa aku macam tu.
Sebelum terlupa ,sebelum nak berhenti sbg Guru Taska kat situ aku sempat buat part time kat sebuah kedai dobi.Tapi tak lama pon. Sebab nak cari duit kan.Aku pon tak tahu kenapa aku suka sangat uji diri aku ni dgn buat kerja yang tak biasa aku buat. Apa pon aku rasa semua boleh. Hahahahaaha.
So hujung bulan Ogos 2014 aku resign lah kat situ. Dan jmpa semua orang .Masa ni aku dah nangis .Tak tahulah kenapa lah aku ni senang benar nak nangiss.. Masa tu nak jumpa kat Zalina bis aku pon tak sempat. Tapi aku adalah kirim kat anak dia hadiah biasa dari aku. Huwaaaaa.
Tapi sebaik saja aku stop tu aku ni fikir lah balik nak balik kampung ni bosan lah kalau aku duduk saja-saja kan. So aku putuskan kerjalah kt kawasan rumah makcik aku tu dulu.Dan kerjalah selama dua bulan di kedai kecil My One Shop. Bolehlah aku simpan duit dan bagi mak.hehehehe
Tapi sebelum aku balik kampung, aku ada contact kak Suhaila dan Kak Zura then ajak diaorang makan malam rumah makcik aku.Terubat lah rindu kat dua orang kakak tu.
Ok ! So lepas ja aku berhenti kerja ,aku putuskan lah utk balik kampung aku di Kelantan dan duduk di kampung selama setahun. Dan pada 12 haribulan 11 , selepas sehari harijadi aku , aku berangkat lah balik kampung.Horayyyy.!!!
Selama aku kat kampung tu aku ada masuk kelas menjahit under kerajaan negeri iaitu Ppwk.Tapi tak lama pon , lps boleh buat baju kurung , dan design kurung lain.Aku ketinggalan utk exam . Sebabkan oleh , aku ada masalah di perut masa tu. Tapi takpelah aku tak kecewa pon , sempat lah jugak aku buat 5 pasang baju untuk diri sendiri.
Tapi sebabkan sikap aku ni , yang suka sangat cari pengalaman dan jumpa pelbagai jenis manusia kan.
Hahahah aku pon putuskan untuk ke Sepang balik dan cari kedai butik untuk aku kerja.Kebetulan anak makcik aku ada kawan yang ada kedai butik .
Jadi aku cubalah , tapi tak lama aku kat situ aku ada dengar cerita pekerja lama dari Phnom Penh ,aku tak ingat lah nama lelaki tu. Pawl ke apa entahlah.
Dia cakap madam/majikan tu dulu ramai pekerja dari Kemboja macam dia tapi banyak dah balik sana dan ada yang kerja kat Jepun. Sebab majikan bermasalah dengan mengurus bayaran gaji.
Masa tu lah aku lagak bodoh disitu hahahaha. Aku buat buat tak pandai buat baju. Banyak kali aku buat , sengaja aku nak tengok leader staff dan mr Cutter tu layan aku macamana. Aku siap ja dan tak kisah diorang kata aku tak faham-faham.Sampai lah cukup sebulan , kebetulan makcik dan ank dia datang , jumpa dan tanya aku kat luar.
Majikan tu dah bagi belum gaji aku, yelah kan aku tak buat satu pon baju, belajar buat tu dengsn jahit yang basic-basic je. Jadi aku katalah belum lagi. Hari tu jugaklah diorang mintak aku stop kerja kat situ.
Dan petang tu, aku kemaslah barang-barang aku semua. Kebetulan anak saudara makcik aku datang dan jemput aku kat rumah khas untuk pekerja.
Jadi aku tinggal lah dulu dengan makcik aku ,sambil mencari kerja kat mana-mana.
Banyak jugak aku cari, kilang, kedai topup, dan ada jugak kerja taska lagi.
Entahlah macamna ,aku dpt panggilan untuk Operater kilang , dan dalam masa sama di taska sekali lagi. Masa tu aku confius nak yang mana , dgn doa pada Allah,aku putuskan utk kerja taska balik.
So lepas dapat panggilan tu aku mulalah kerja di situ pada 13 Ferbuari 2017.
Aku mulalah kerja kat situ selama 5 tahun..Dan penghujung May 2022 aku dapat tawaran dalam Ciast untuk jadi pelatih Guru Taska. Dan dalam masa yang sama seminar karya kreatif aku, bertindan dengan tarikh kursus tersebut . Jadi aku rasa padat sangat jadual kelas ,so aku kenalah pilih salah satu. Aku tahu tak akan asa lagi peluang untuk aku di karya kreatif jadi aku korbankan latihan Ciast .
Dan disebabkan aku tak pilih latihan bimbingan , aku putuskan utk memilih sebuah taska untuk aku kerja.Dan tak sangka semudah tu . Aku mulakn lerja sebagai guru taska lagi di Cyberjaya.
Ok berbalik pada tajuk kisah aku ni hat ataaas tu. And firstly aku nak cakap ..
Tak dapat aku nafikan ada bermacam pengalaman dan situasi aku hadap selama 9tahun berkhidmat dalam taska-taska tersebut.
Dan beberapa pengalaman tu tak seburuk dengan pengalaman di sebuah tempat asuhan kanak-kanak aku pernah kerja di Cyberjaya, sebelum putuskan untuk berhenti.
Kenapa aku cakap macamtu , sebab aku tengok cikgu kat situ macam macam ragam. Dan boleh aku kongsikan salah satunya , mereka ni pilih kasih dengan kanak-kanak. Kenapa aku kata macamni , sebabnya aku tak tahu bila mula kerja di situ aku ditugaskan untuk jaga baby.
Memang mula-mula aku agak risau .Sebabkan aku ni dah lama tak berpengalaman dgn budak bwh 2 tahun ni. Mana taknya pengalaman dulu aku tu 9 tahun lepas kut. Aku ni bukan apa, aku pandang dari sudut keselamatan baby tu, klau apa-apa yang tak disengajakan jadi, adakah majikan boleh betanggungjawab dan mempersalahkan aku ni?
Okay kedua, aku boleh katakan aku agak tak sangka sikap diorang sebagai pekerja lama tak tahu nilai emosi dengan kanak-kanak ni macamana.
Mereka boleh bekerjasama layan, dukung baby bila wangi, dan baby comel , putih bukan main sayang. Tapi bila baby comot , baby berak , belum mandi , boleh passkan semua pada aku yang baru kat situ.
Entah tujuan nak mengajar atau nak aku rasa macamana jaga baby? Hah! Aku tak faham mungkin mereka nampak resume aku kat situ takde lulusan mana-mana.Semena mena aku hadap benda macamtu.
Mula-mula aku rasa okay lagi.Tapi bila berkali-kali aku hadap. Aku putuskan lah utk blah.
Tambah lagi , kesihatan aku terganggu bila athsma aku semakin teruk waktu malam.Kesan dari penggunaan aircond kat situ.
Jadi aku , terus direct pada boss yang aku tak sihat. Bila dgr alasan tu, aku dipersoalkan dan dia cakap aku menyusahkan dia. Sebabnya dia hold orang lain sebab nak terima aku bekerja kat situ.
Rasa-rasa wajar tak aku cabut ja dari situ bila majikan yang sebelumnya tu baik sebelum kita langkah kaki di tempat dia. Menyalahkan kita dengan apa yang jadi. Dan perkara yang diluar jangkaan kita.
Aku tak sangka , kecewa aku industri childhood begini . Aku datang dan belum sempat utk aku berkhidmat selayaknya. Aku bawak barang-barang aku dari tempat kerja lama di Salak Tinggi ke Cyberjaya.Byk aku habiskan kos utk perpindahan barang-barang tu. Aku fikir masa tu..tak pelah berkorban dulu.
Tapi pengakhiran aku kat situ , aku dengar sendiri dari mulut bos yang melepaskan marah pada pekerja bahawa menyusahkan dia.
Aku cakap pada diri aku masa tu..Okay! Aku tak teragak utk buat keputusan resign tu.
Tapi aku masih lagi bertindak relevan dan matang, aku jumpa isteri dia,managernya.Aku cakap selayakya.Tapi aku masih jaga nama mereka yang aku anggap seperti adik aku.Aku masih matang untuk tak memburukkan mereka.
Alasan yang paling kuat adalah kesihatan aku je masa tu. Aku masih ada keluarga utk aku tanggung.
Dan petang tu jugak aku bulk tiket balik ke kampung.
Kesimpulannnya, aku boleh cakap yang pendidik taska /tadika tak de empati dgn layanan begitu pada kanak-kanak.
Yang pasti ramai lagi di luar sana yang masih berpegang dgn lulus akademik saja dialah terbaik. Sedangkan pengalaman adalah guru sebenar dalam pekerjaan mahupun kehidupan.
Dan bukan juga pengalaman sebanyak itu menjadikan kita sombong..
-"cause we are parents too".
14 september 2022
Catatan bekas pendidik taska.
Noor Shazni Abdul Halim.
.jpg)
