Saturday, January 25, 2025

TAIWAN

STAIL.MY

GAYA HIDUP

9 Tempat Menjamu Selera Halal di Taiwan

Oleh STAIL.MY0 Comments4 minit untuk membaca

Selera Halal di Taiwan

Mencari makanan halal di Taiwan bukanlah satu perkara yang rumit. Negara yang terkenal dengan menara ikonik, Taipei 101 ini sememangnya selesa dikunjungi oleh mereka yang beragama Islam kerana terdapat banyak lokasi menjamu selera yang halal dan mesra muslim.

Jadi, janganlah teragak-agak untuk ke negara kepulauan ini kerana pengembaraan anda ke sini pasti berbaloi. Bukan makanan halal sahaja yang mudah dicari, malah terdapat banyak fasiliti mesra muslim yang menanti. Istimewa untuk pembaca STAIL, di sini kami senaraikan sembilan restoran yang boleh anda kunjungi apabila bercuti ke Taiwan.

Selera Halal di Taiwan

1. Kaohsiung Halal Restaurant

Terletak bersebelah Masjid Kaohsiung, restoran yang menjadi tumpuan komuniti Islam ini adalah restoran yang mesti anda kunjungi apabila berada di bandar kedua terpadat di Taiwan ini.

Ini kerana restoran ini menyediakan pelbagai jenis sup yang lazat dan menyelerakan. Boleh pilih sup daging, kambing, bebola daging dan juga bahagian lembu yang lain seperti perut, hati, dan urat. Boleh pilih makan bersama nasi atau mi. Untuk melengkapkan hidangan, boleh pesan menu sayuran.

Selera Halal di Taiwan

 2. Chen Lili Indonesian Food, Kaohsiung

Pengemar makanan Indonesia yang suka dengan kepedasan, boleh singgah ke Chen Lili Indonesian Food, Kaohsiung. Restoran yang telah dijejaki oleh ramai pempengaruh dari Indonesia dan Malaysia ini menyajikan makanan asli Indonesia halal yang lazat.

Daripada nasi goreng hinggalah kepada ayam penyet, opor dan iga (tulang rusuk), semuanya dimasak dengan sempurna dan menyerlahkan keaslian rasanya. Setiap kali melangkah masuk, anda akan disapa dengan mesra oleh petugas restoran yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik. Memandangkan restoran ini mempunyai tempat duduk yang terhad, kami cadangkan supaya anda buat tempahan awal jika ingin datang ke sini.

Selera Halal di Taiwan

3. Han Hsien International Hotel, Kaohsiung

Menjamu selera sambil mengintai pemandangan kota Kaohsiung juga menyeronokan. Jika ingin mendapat peluang ini, bawalah diri ke Han Hsien International Hotel yang terkenal dengan perkhidmatan dan penginapan bertaraf dunia mereka.

Hotel ini menyediakan pilihan makanan halal di restoran yang terletak di tingkat teratas bangunan mereka. Tentang rasa, anda tidak perlu bimbang kerana ketika penulis singgah ke sini tempoh hari, semua menu yang dihidangkan tidak menghampakan.

4. Schokolake Country House, Miaoli

Schokolake Country House merupakan pusat pembuatan coklat yang terletak di Miaoli dan menjual coklat buatan tempatan yang lazat. Selain boleh membeli pelbagai jenis coklat halal, pengunjung juga boleh singgah ke restoran yang menyajikan hidangan halal untuk menjamu selera.

5. Westlake Resort, Miaoli

Resort peranginan ini terkenal di kalangan penduduk tempatan untuk melarikan diri daripada kesibukkan kota. Pada hujung minggu dan cuti-cuti kelepasan ia sibuk dan sukar mendapatkan bilik jika tidak membuat tempahan awal.

Terletak di dalam hutan berbukit di daerah Miaoli, mereka juga terkenal dengan aksi sarkas dan pertunjukan cahaya berirama yang boleh dilihat pada malam hari iaitu sekitar jam 7 malam.

Selera Halal di Taiwan

6. Anatolia Turkish Restaurant, Taichung

Dengan kepelbagaian budaya, boleh dikatakan anda boleh menikmati apa sahaja juadah yang terlintas di fikiran. Makanan Turki yang mewah dengan rempah ratus juga ada di sini. Salah satu yang popular dan tidak rugi dicuba ialah Anatolia Turkish Restaurant yang terletak di Taichung.

Beef Skewers yang beroma dan sup berpastri adalah hidangan yang sangat disyorkan. Selain itu boleh juga cuba hidangan roti keju yang dibakar segar.

7. Abdu Arabian Cuisine, Taipei

Restoran ini menyediakan masakan Arab yang enak dengan harga yang berpatutan. Terdapat pelbagai pilihan yang menanti biarpun restoran ini hanya berkapasiti kecil. Nasi mandy ayam bakar mereka adalah menu yang mesti ada cuba! Sedap sehingga menjilat jari. Satu mungkin tidak cukup. Restoran ini terletak di sekitar kawasan Gongguan di hadapan New Taiwan University.

8. Fuji Grand Hotel, Taipei

Fuji Grand Hotel adalah salah satu hotel mesra muslim yang popular di Taipei dan Taiwan. Bilik mesra muslim mereka dilengkapi dengan sejadah serta arah kiblat. Dan restoran mereka turut menyajikan makanan yang agak mewah dan halal untuk dinikmati oleh tetamu muslim tanpa ragu-ragu.

Restoran resort ini juga menyediakan makanan halal yang lazat yang terdiri daripada hidangan tempatan. Bagaimanapun, anda perlu maklumkan lebih awal supaya pihak hotel boleh lakukan persiapan yang perlu.

Selera Halal di Taiwan

9. Kunming Islamic Restaurant, Taipei

Rakyat Malaysia dengan makanan Thai memang sukar dipisahkan. Jadi, jika ke Taiwan dan mula merindui hidangan ini, boleh panjangkan langkah ke Kunming Islamic Restaurant yang terletak di kota Taipei.

Mencari lokasinya mungkin agak rumit kerana ia terletak di sudut yang agak tersembunyi. Tetapi, selagi anda mengikut arah yang ditunjukkan oleh Peta Google, anda pasti akan menjumpainya. Boleh pesan pelbagai masakan Thai yang menjadi kegemaran ramai seperti siakap masam manis, sup tomyam, telur dadar, daging masak halia, ayam pad kra pao dan kangkung belacan.

Jangan lupa senarai ini apabila anda ingin terbang ke Taiwan nanti. Untuk pengembaraan yang lebih menyeronokan dan tidak dipenuhi dengan episod tersesat ke sana-sini, tempahlah peranti WiFi Roaming Man yang boleh anda ambil di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Terminal 1 dan 2. Penyedia perkhidmatan ini menyediakan akses internet lancar yang membolehkan anda ke sana-sini dengan mudah. Selamat bercuti!

HalalHalal Food TaiwanliburMuslim friendly travelMuslim travelSelera Halal di Taiwanstail liburstailMYTaiwantravelTravel Taiwan

Kongsi

Oleh STAIL.MY

0

 0 Comments

9 Tempat Menjamu Selera Halal di Taiwan

 Terdahulu

9 Tempat Menjamu Selera Halal di Taiwan

Seterusnya 

Anda mungkin suka

“Bagaikan Mengembara Ke Alam Fantasi!” #BestieTrip Ke Singapura Buktikan Magis Kepada Fareeha & Annees Sofea

“Bagaikan Mengembara Ke Alam Fantasi!” #BestieTrip Ke Singapura Buktikan Magis Kepada Fareeha & Annees Sofea

Resolusi Kesihatan Mental Terbaik Boleh Kamu Patuhi Tahun 2020

Resolusi Kesihatan Mental Terbaik Boleh Kamu Patuhi Tahun 2020

Eksplorasi Alam di Club Med Cherating: Percutian Unik untuk Semua!

Eksplorasi Alam di Club Med Cherating: Percutian Unik untuk Semua!

Lawat 6 Tempat Menarik Serba Mewah Di Dubai Musim Cuti Ini

Lawat 6 Tempat Menarik Serba Mewah Di Dubai Musim Cuti Ini

Honda CRV 2021 Turun Harga RM13K: Fungsi Dipertingkat, Apa Tunggu Lagi?

Honda CRV 2021 Turun Harga RM13K: Fungsi Dipertingkat, Apa Tunggu Lagi?

Kos Servis Perodua Ativa RM64 : Selepas 1,000km, Bunyi Masih Misteri

Apa pandangan anda?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Your comment*

Name

Email (will not be published)

Website

No Comments Yet.

Kategori

Select Category

Gaya Hidup Now

Meneroka Syurga Membeli-Belah dan Suasana Mesra-Muslim Di Hong Kong

Meneroka Syurga Membeli-Belah dan Suasana Mesra-Muslim Di Hong Kong

1 month agoShah Shamshiri

Eksplorasi Alam di Club Med Cherating: Percutian Unik untuk Semua!

Eksplorasi Alam di Club Med Cherating: Percutian Unik untuk Semua!

1 month agoSTAIL.MY

Jaecoo J7 (2WD): Kereta Kompak untuk Gaya Hidup Aktif dan Dinamik

Jaecoo J7 (2WD): Kereta Kompak untuk Gaya Hidup Aktif dan Dinamik

2 months agoSTAIL.MY

STAIL.MY Wajib Cuba: Nikmati Teh Petang Perayaan di Marriott Bonvoy

STAIL.MY Wajib Cuba: Nikmati Teh Petang Perayaan di Marriott Bonvoy

2 months agoSTAIL.MY

Capsule Transit MAX: Penginapan Stailish Ideal Sebelum Penerbangan Awal Pagi

Capsule Transit MAX: Penginapan Stailish Ideal Sebelum Penerbangan Awal Pagi

2 months agoSTAIL.MY

True Joy™: Warna Tahun 2025 Dulux yang Menginspirasikan Langkah Berani ke Masa Depan

True Joy™: Warna Tahun 2025 Dulux yang Menginspirasikan Langkah Berani ke Masa Depan

2 months agoSTAIL.MY

Meneroka Port Blair Bersama AirAsia: Menyusuri Pulau, Pantai & Sejarah

Meneroka Port Blair Bersama AirAsia: Menyusuri Pulau, Pantai & Sejarah

2 months agoSTAIL.MY

Rahsia Tidur Nyenyak: Suhu Bilik & Alat Bantu Tidur yang Ramai Orang Tidak Tahu!

Rahsia Tidur Nyenyak: Suhu Bilik & Alat Bantu Tidur yang Ramai Orang Tidak Tahu!

3 months agoSTAIL.MY

7 Kedai Buku Ikonik Di Seluruh Dunia Yang Wajib Dikunjungi Oleh Pencinta Buku Dan Pengembara

7 Kedai Buku Ikonik Di Seluruh Dunia Yang Wajib Dikunjungi Oleh Pencinta Buku Dan Pengembara

3 months agoSTAIL.MY

Keajaiban Di’a Spa di TA’AKTANA: Pengalaman Spa Mewah di Labuan Bajo

Keajaiban Di’a Spa di TA’AKTANA: Pengalaman Spa Mewah di Labuan Bajo

4 months agoSTAIL.MY

Video Player

00:00

04:25

No comments:

Post a Comment